Login / Daftar di sini.
 
HOTLINE 019 359 1000
Waktu Solat
 

Forums
Laman Web Rasmi PPIM :: Forums :: Hak-hak Pengguna
<< Previous thread | Next thread >>   

Amanah Saham Bumiputra (ASB) tercemar!

Go to page       >>  
Author Post
el-hijrah
Mon Jun 19 2006, 09:14AM

Registered Member #520
Joined: Tue Feb 07 2006, 10:58AM

Posts: 73
السلام عليكم


Saya merujuk komen Majlis Fatwa Selangor di url ini:
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=1155

Ini jawapan Majlis Fatwa Selangor:
1. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :

1.1. " Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara' "

1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah
Keputusannya
" Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara', maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.

Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara'(Fatwa) yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa. oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara'. maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dari tempat-tempat tersebut.

---------------------------------------------------------------------------------
Ternyata sungguh keji sesiapa yg bertanggungjawab membenarkan wang kita dilaburkan ke situ. Wang kita adalah amanah. Apa yg telah mereka buat dgn wang yg kita amanahkan? Apa peranan kita bila mana mengetahui perkara ini?

Fatwa hanya mengatakan "ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.". Maksudnya ASB perlu dibersihkan. Adakah fatwa negeri Selangor turun padang, pergi ke ASB dan meminta mereka membersihkan? Atau mereka hanya mengatakan begitu tanpa turun padang? Oleh kerana ketidakpastian ini, saya ingin mengajak semua utk turun padang membersihkan ASB drp kekotoran ini. Mungkin perlu buatkan petition dan sokongan ramai.


~ Islam itu indah, indahkanlah hidupmu dengannya. ~
Back to top
Hanny.D
Mon Jun 19 2006, 05:38PM

Registered Member #1517
Joined: Fri Jun 09 2006, 08:36AM

Posts: 13
Kita harus bersatu mengesa supaya ASB dibersihkan kerana banyak juga pelabur, selepas dilaburkan baru masuk duit kat tabung haji ..nak buat haji. Jadi ASB harus bersih dari sbrg kekotoran.
Back to top
aja49
Tue Jun 20 2006, 11:56AM

Registered Member #274
Joined: Wed Jan 11 2006, 06:52PM

Posts: 110
Maaf, kena bersihkan lembaga pengurusan PNB yang minat dalam pelaburan selain yang diluluskan oleh syariah. Juga perlukan desakan daripada pelabur-pelabur sendiri yang betul-betul hendakan pelaburan mereka bersih.
Kalau tidak jangan melabur langsung sehingga ASB betul-betul dibersihkan daripada segala pelaburan yang tidak mengikut syariat Islam.
Back to top
el-hijrah
Wed Jun 21 2006, 08:52AM

Registered Member #520
Joined: Tue Feb 07 2006, 10:58AM

Posts: 73
aja49 wrote ...
Maaf, kena bersihkan lembaga pengurusan PNB yang minat dalam pelaburan selain yang diluluskan oleh syariah. Juga perlukan desakan daripada pelabur-pelabur sendiri yang betul-betul hendakan pelaburan mereka bersih.
Kalau tidak jangan melabur langsung sehingga ASB betul-betul dibersihkan daripada segala pelaburan yang tidak mengikut syariat Islam.

Betul..tapi untuk bersihkan, kita perlu suatu cara yang tepat dan berkesan. Kita perlu sama-sama fikirkan cara terbaik untuk membersihkan ASB dan yang lain-lainnya. Saya harap PPIM boleh memainkan peranan dengan sebaiknya.


~ Islam itu indah, indahkanlah hidupmu dengannya. ~
Back to top
aja49
Sat Jun 24 2006, 07:00AM

Registered Member #274
Joined: Wed Jan 11 2006, 06:52PM

Posts: 110
Kalau PNB betul-betul nak pastikan pelaburan ASB menngikut syariat Islam maka PNB mesti adakan majlis pengawasan syariah sepertimana institusi kewangan Islam yang lain. Semua para pelabur yang ingin pelaburan mereka bersih dan halal kenalah pakat-pakat untuk desak PNB melaksanakan perkara tersebut.
Back to top
el-hijrah
Thu Jul 13 2006, 04:43PM

Registered Member #520
Joined: Tue Feb 07 2006, 10:58AM

Posts: 73
Saya nampak bila Islam semakin ditekan dan dipijak-pijak, Islam itu sendiri akan bangkit.

Sistem kewangan Islam perlu dibersihkan. Saya amat-amat berharap PPIM dapat memainkan peranan. Kami akan sentiasa berdiri di belakang PPIM untuk menyokong.


~ Islam itu indah, indahkanlah hidupmu dengannya. ~
Back to top
admin
Mon Aug 07 2006, 07:04PM


Joined: Fri Nov 11 2005, 12:56PM

Posts: 119
inilah yang dikatakan harapkan pagar, pagar makan padi..... sapa nak tanggung semua ini???
[ Telah disunting Mon Aug 07 2006, 07:05PM ]
Back to top
Tanpa nama
Thu Sep 21 2006, 03:04PM
Guest http://www.mypengguna.net
Back to top
el-hijrah
Wed Dec 27 2006, 05:43PM

Registered Member #520
Joined: Tue Feb 07 2006, 10:58AM

Posts: 73
Sampai bila kita nak biarkan? PPIM boleh mainkan peranan.

~ Islam itu indah, indahkanlah hidupmu dengannya. ~
Back to top
parit
Sun Jan 07 2007, 11:07AM
Registered Member #4532
Joined: Sun Jan 07 2007, 10:49AM

Posts: 3
pernah baca laporan kewangan PNB dulu2.....
dulu PBN adalah pemegang saham hotel2 yg menyediakan arak2. pikir2kanlah sendiri.
Back to top
Go to page       >>  

Moderators: almohmin, admin, admin4, admin5, admintech

Jump:     Back to top

Forum theme loosely based on Invision Power Board
* Pautan Khas
English Articles, JAKIM
* Mesti Lihat
but_radio24.jpg

but_melayu.jpg

but_senaraiyahudi.jpg

but_mfo.jpg

zakirnaik.gif


tanjungmanis.gif
Undian Pengguna

Apakah pendapat anda tentang harga ikan semasa?


BIASA
TINGGI
RENDAH




© Hak Cipta Terpelihara 2005 -2010 Persatuan Pengguna Islam Malaysia