Login / Daftar di sini.
 
HOTLINE 019 359 1000
Waktu Solat
 

Forums
Laman Web Rasmi PPIM :: Forums :: Hak-hak Pengguna
<< Previous thread | Next thread >>   

PTPTN - untuk yang blacklist, tiada belas kasihan langsung......

Author Post
azrene
Mon Dec 21 2009, 02:42PM
Registered Member #13579
Joined: Mon Dec 21 2009, 02:17PM

Posts: 1

Assalamuailakum, 
Baru-baru ni nama saya telah di senarai hitamkan oleh PTPTN dan Imigresen kerana tidak membayar semula pinjaman ptptn saya. namun saya telah pun ke mahkamah untuk menyelesaikan kes ini dan mengikut kata dari mahkamah, saya hanya perlu membayar seperti biasa iaitu rm200 sebulan untuk selesaikan kes ini. Jadi saya telah pun membayar RM200 tiap bulan mulai april 2009.

Namun, apa bila saya berjumpa dengan pihak PTPTN, mereka memberitahu yang nama saya hanya akan di lepaskan dari senarai hitam apa bila saya bayar semua RM 25,000. Saya sememangnya tidak mampu untuk membayar sebanyak itu sekali gus. Dengan nada riak dan bongkak, pekerja2 PTPTN dengan senangnya menyuruh saya membuat pinjaman peribadi untuk selesaikan jumlah hutang tersebut.

Sememangnya saya mengaku salah saya kerana tidak membayar balik pinjaman, tapi di ikutkan dengan pekerjaan saya sewaktu mula bekerja, gaji yang diterima tidak begitu banyak. Tambahan untuk menanggung makan minum di Kuala Lumpur bersendirian.  

Saya juga telah banyak kali cuba untuk memeriksa nama saya di dalam sistem PTPTN 2,3 tahun lepas, namun, apa yang di paparkan di laman web mereka, nama saya tiada dalam rekod. Tup-tup, terus nama saya di blacklist.

Kini saya dah bersetuju untuk membayar sebanyak rm200 sebulan, kerana dengan gaji dan pekerjaan yang saya ada skarang, mampu untuk saya membayarnya. Tapi, pekerjaan saya kini memerlukan saya untuk selalu keluar negara.  Saya harus melakukan pemasaran untuk syarikat saya. Tapi, jika pihak PTPTN telah menyekat saya dari keluar negara, bagaimana saya nak bekerja? Kemungkinan besar saya mungkin akan di berhentikan kerja kerana tidak dapat melakukan tugasan saya dengan baik.

Saya ingin PPIM menolong saya agar dapat berbincang dengan pihak PTPTN agar dapat memberi kelonggaran dalam senarai hitam pasport saya demi untuk kerjaya saya ( Saya bukan pergi luar negara untuk bercuti-cuti ).  Saya boleh membayar sebahagian daripada jumlah pinjaman ( mungkin dalam rm8,000 atau rm9,000) dan kemudian menyambung bayar tiap bulan sebanyak rm200. 

Saya amat berharap PPIM dapat membantu saya dalam hal ini...Terima Kasih
Back to top
zaf_honey
Mon Dec 21 2009, 02:54PM
Registered Member #13580
Joined: Mon Dec 21 2009, 02:48PM

Posts: 2
Masalah saya lebih kurang dengan azrene, di mana saya turut diblacklist untuk ke luar negara. Saya cuba untuk berunding dengan ptptn untuk mencari kaedah pembayaran agar nama saya dibersihkan supaya saya boleh ke luar negara semula.

Namun demikian, seperti azrene, saya turut dikehendaki membayar jumlah keseluruhan pinjaman iaitu RM17, 500 (termasuk kos pentadbiran dan guaman) untuk membersihkan nama saya. Masalahnya bagaimana untuk membayar jumlah berkenaan, dengan gaji yang "biasa2" sahaja, tinggal di ibu kota & mempunyai anak untuk ditanggung.

Untuk itu, saya memohon PPIM untuk cuba berunding dengan pihak berkenaan agar masalah blacklist ini dapat diselesaikan. Saya hanya mampu untuk membayar sebanyak RM5000 dan seterusnya diikuti bayaran ansuran bulanan sebanyak RM150 sebulan buat masa ini. Terima kasih.
Back to top
admin2
Thu Dec 24 2009, 05:06PM
Registered Member #2428
Joined: Mon Aug 21 2006, 05:19PM

Posts: 166
assalamualaikum wbt...

PPIM berharap agar sdri azrene dan zaf_honey dapat hadir ke pejabat PPIM untuk membuat aduan rasmi. kerjasama anda amatlah diharapkan bagi memudahkan pihak kami mendapatkan penjelasan daripada pihak PTPTN. terima kasih.
Back to top
zaf_honey
Mon Dec 28 2009, 06:26PM
Registered Member #13580
Joined: Mon Dec 21 2009, 02:48PM

Posts: 2
Saya telah membuat aduan secara rasmi.Harap agar masalah saya dan azrene dapat diatasi segera kerana saya perlu ke luar negara dalam masa terdekat. (hujung Januari 2010). Terima kasih.
Back to top
inseniorshah
Fri Jan 29 2010, 10:50AM

Registered Member #13821
Joined: Fri Jan 29 2010, 08:46AM

Posts: 1
Salam,
Bolehkah pihak PPIM mendapatkan penjelasan mengenai bilakah sistem potongan gaji wajib bagi membayar pinjaman PTPTN seperti yang dipaparkan di pautan di bahagian rujukan di bawah akan dilaksanakan. Saya telah cuba untuk membuat pertanyaan ini melalui forum rasmi PTPTN tapi nampaknya pihak moderator tidak meluluskan pertanyaan saya untuk dipaparkan di sana.
 
Buat masa sekarang ramai peminjam yang telah disenarai hitamkan di imegresen. Persoalannya bukankah ada mekanisma yang lebih telus & adil untuk mengutip pinjaman tersebut e.g Potongan Gaji Majikan dsb. TIndakan saman & senarai hitam ini hanya akan menguntungkan sesetengah pihak (e.g peguam). Terdapat satu kes yang saya baca melalui laman web,seorang peminjam mengadu dia telah datang ke mahkamah beberapa kali untuk pendengaran kes, namun peguam yang dilantik oleh PTPTN gagal hadir. Apa yang menyedihkan, kos mahkamah sebanyak 300++ tetap di kreditkan ke akaun peminjam. Ini adalah satu bentuk penganiayaan sedangkan sepatutnya pihak PTPTN memikirkan jalan yang lebih menguntungkan/memudahkan peminjam & PTPTN sendiri.
 
Sekiranya pihak PTPTN benar benar ikhlas dalam mengutip pinjaman tindakan saman/senarai hitam sepatutnya menjadi opsyen terakhir setelah segala usaha termasuk menjejaki peminjam melalui LHDN (potongan gaji) gagal. Apa yang berlaku kini amat menyedihkan. Bagaimana pula nasib peminjam yang benar benar berada dalam kesusahan. Contohnya tidak mempunyai pekerjaan yang selayaknya untuk membuat pembayaran, peminjam yang mempunyai tanggungan yang ramai, ibu bapa tidak bekerja dan sebagainya. Saya mungkin bersetuju sekiranya tindakan senarai hitam itu adalah bertujuan untuk "mengajar" golongan yang sememangnya berkemampuan/dari keluarga berada, namun impaknya juga dirasai bagi golongan yang sederhana/tidak berkemampuan. Bayangkanlah sekiranya pekerjaan seseorang peminjam itu memerlukan dia ke luar negara. Tentulah prestasinya akan terjejas & terdapat kemungkinan akan dibuang kerja. Bagaimana pula peminjam tersebut ingin melunaskan pinjaman & ditambah lagi dengan segala caj yang membebankan.
 
DI sini kita kembali kepada sistem pemotongan gaji yang sepatutnya lebih efisien dalam menangani peminjam tegar ini. Di samping itu toleransi dari pihak PTPTN juga penting. Terdapat juga kes peminjam yang berkongsi pengalaman berurusan dgn PTPTN mengatakan staf PTPTN tidak mesra & acapkali menyindir pula peminjam yang cuba mencari jalan penyelesaian setelah di senarai hitam.
 
Di samping itu juga, setelah peminjam di senarai hitamkan ada kemungkinan caj perkhidmatan akan dinaikkan kepada 8% namun bergantung kepada budi bicara mahkamah. Persoalan lain timbul disini, bagaimana sekiranya peminjam tidak menerima notis hadir ke mahkamah (bertukar alamat & pelbagai masalah lain), tetapi caj tersebut dinaikkan. Bukankah ini satu lagi bentuk penindasan yang jelas. Bagaimanakah peminjam ingin melunaskan keseluruhan pinjaman sekiranya interest yang dikenakan setinggi ini dan pada masa yang sama tidak berkemampuan (masalah kerja dsb) & telah sedia dibebani dgn segala macam kenaikan harga dewasa ini.
 
Seperti yang diwar warkan melalui forum rasmi PTPTN, sesiapa yang telah disenarai hitamkan tidak boleh membuat pembayaran melalui pemotongan gaji. Secara peribadi bagi saya ini juga satu kepincangan dalam sistem kutipan pinjaman PTPTN. Seharusnya apa yang perlu dilakukan adalah sebaliknya. Pihak PTPTN perlu mewajibkan peminjam yang mempunyai rekod pembayaran tidak konsisten/peminjam yang tidak pernah membuat pembayaran dsb membuat pembayaran melalui PGM (pemotongan gaji majikan). Langkah ini lebih bijak, matang, telus dan pada masa yang sama lebih adil bagi semua pihak dalam memastikan pinjaman dapat dikutip.
 
Langkah untuk menyedarkan peminjam melalui iklan di televisyen mungkin wajar dipuji namun PTPTN perlulah membuka ruang & memberi kemudahan yang lebih baik agar peminjam mempunyai motivasi untuk menyelesaikan pinjaman BUKAN menyukarkan/membebankan mereka dengan segala saman/senarai hitam dsb. Tidak cukup dengan tindakan saman/senarai hitam, peminjam pula dipaksa untuk melunaskan pinjaman secara lum sum. Ini bukanlah langkah yang terpuji sedangkan kebanyakan peminjam adalah dari golongan sederhana/miskin. Saya tidak nampak kewajaran pelajar membuat pinjaman PTPTN sekiranya ibu bapa mempunyai kemampuan dari segi kewangan. Akhirnya tindakan PTPTN ini sebenarnya lebih kearah penindasan golongan yang benar benar memerlukan pembelaan. Saya yakin ramai bijak pandai dalam PTPTN itu sendiri yang boleh memikirkan jalan penyelesaian terbaik bagi masalah ini.
 
Saya berharap pihak PPIM dapat memanjangkan saranan saya/mendapatkan penjelasan tentang sistem pemotongan gaji dari pihak PTPTN. Ini adalah saluran alternatif yang boleh saya fikirkan setelah saluran forum rasmi tidak dilayan. Saya pasti ramai peminjam menghadapi dilema ini seperti juga situasi yang pernah dipaparkan di akhbar metro pada 11/01/2010 lalu . Terima Kasih.
 
Rujukan:
 
 
Back to top

Moderators: almohmin, admin, admin4, admin5, admintech

Jump:     Back to top

Forum theme loosely based on Invision Power Board
* Pautan Khas
English Articles, JAKIM
* Mesti Lihat
but_radio24.jpg

but_melayu.jpg

but_senaraiyahudi.jpg

but_mfo.jpg

zakirnaik.gif


tanjungmanis.gif
Undian Pengguna

Apakah pendapat anda tentang harga ikan semasa?


BIASA
TINGGI
RENDAH




© Hak Cipta Terpelihara 2005 -2010 Persatuan Pengguna Islam Malaysia