Login / Daftar di sini.
 
HOTLINE 019 359 1000
Waktu Solat
 

  Go to : BERITA PPIM
PENJELASAN PPIM MENGENAI JAI NETWORK SYSTEM SDN BHD (JNSSB) printer friendly << Back
JNSSB ADALAH MERUPAKAN AHLI BLUEMOSQUE FRATERNITY PPIM DAN TELAH MENDAFTAR SECARA RASMI PADA MAC 2007. PADA MASA INI SYARIKAT INI SEDANG DISIASAT OLEH PIHAK BANK NEGARA MALAYSIA ATAS DAKWAAN KESALAHAN YANG BERKAITAN AKTA BNM YANG BERKAITAN DENGAN BAFIA DAN AMLA.

SYARIKAT INI JUGA KINI TURUT DISIASAT OLEH KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA KERANA BEROPERASI TANPA LESEN YANG SAH DALAM AKTA JUALAN LANGSUNG.
PENDIRIAN PPIMDALAM HAL BERKAITAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1.PPIM SENTIASA MEMBERI SOKONGAN DAN DOKONGAN SERTA
NASIHAT MALAHAN SEDIA MEMBANTU MEMPROMOSI MALAHAN
MEMASARKAN PRODUK SETIAP AHLI YANG BERDAFTAR.


Read/Post Comment: 18
Comments
admin | Friday, 07 December 2007

Comments: 97
Sebagai sebuah NGO yang memperjuangkan agenda ummah dan hak umat Islam, PPIM sentiasa prihatin dengan sebarang isu yang membabitkan permasalahan ummah.

PPIM tetap berpegang dengan kenyataan rasminya. Malah daripada awal lagi PPIM telah mencuba pelbagai cara agar isu ini dapat diselesaikan dengan baik.

Modul latihan Agenda Ummah dan Agenda Melayu milik PPIM hingga kini masih mendapat permintaan tinggi daripada pelbagai pihak termasuklah ngo-ngo dan syarikat-syarikat korporat. PPIM tidaklah boleh dikaitkan dengan pengurusan syarikat-syarikat berkenaan kerana adalah menjadi polisi persatuan tidak melibatkan diri dengan mana-mana urusan pentadbiran ahli-ahlinya atau mana-mana penganjur.

Ada orang yang tidak suka parti PAS, ada orang tidak suka parti UMNO dan ada orang tidak suka parti KEADILAN. Namun, PPIM menganggap semua itu dan adalah soal pegangan politik masing-masing. Oleh itu persatuan tidak pernah menolak jemputan ceramah pembangunan ummah oleh organisasi-organisasi tersebut. Apa yang penting adalah dalam sibuk kita berpolitik atau berniaga, agenda perjuangan agama dan bangsa jangan ditinggalkan.


Dalam isu ini, hingga kini persatuan tidak pernah menutup mata bagi membantu ahli-ahlinya yang bermasalah. Namun penyusunan tindakan dan cara pennyelesaian secara terperinci tidaklah boleh dibincangkan secara umum.

Pelbagai isu yang membabitkan soal perundangan negara mesti dipertimbangkan dan dipatuhi. Jangan sampai "menang sorak kampung tergadai".

Pihak admin telahpun dimaklumkan berkenaan tindakan segelintir ahli dan leader yang merupakan guru-guru dari kawasan utara yang dahulunya menjadi agen promosi sykt ini yang kini cuba mengaturkan strategi dan telah mula menjalankan usaha mencemarkan kredibiliti PPIM dengan mengaitkan PPIM secara langsung dalam isu ini.

Antara perancangan mereka termasuklah mengugut untuk mengeluarkan risalah-risalah anti PPIM dan anggota-anggota organisasi.

Admin berpendapat tindakan ini akan lebih mengusutkan keadaan dan membantutkan usaha-usaha PPIM selama ini untuk menyelesaikan isu ini dengan cara terbaik. Tiada gunanya menuding jari kesana-kemari dan akhirnya rugi.

Adalah diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan cara bijaksana. Segala cadangan tindakan diluar dari batas-batas perundangan negara tidak akan dilayan.

Segala aduan dan cadangan bolehlah diajukan kepada email: info@muslimconsumer.org

Sekian terima kasih.
kembali ke atas

IZHAM NAYAN | Monday, 12 November 2007
Comments: 1
Assalamu'alaikum Warahmatullah...

Salam bahagia, selamat bertemu kembali.

Nampaknya banyak persoalan yg belum terjawab. Saya amat mudah di hubungi melalui talian yg ramai dah tahu 019-6655544 atau 012-6540198 ataupun melalui email izhamny@yahoo.com. YM pun boleh.

Memang saya kurang berminat untuk menjawab persoalan-persoalan berkenaan JNSSB di laman ini memandangkan ini laman rasmi PPIM yang membincangkan perkara-perkara khusus dan forumernya lebih tertib dan serious mencari jalan permasalahan ummah.

Sebaliknya ramai yg berforum dilaman2 lain mengutarakan persoalan demi persoalan tanpa penghujung walaupun telah dijelaskan berbelas2 kali melalui respon2 saya. Saya amat tidak berminat jika laman ini dicarca marbakan. Jadi sy lebih mengambil sikap berdiam diri di sini.

Namun pihak admin kerap menghubungi saya agar saya memberi respon dalam laman ini.

Oleh itu saya akan menjawab persoalan2 yg di utarakan dan seandainya anda masih tidak berpuas hati... eloklah hubungi saya terus melalui talian dan YM. Jangan kita memutarbelitkan perkara dan fakta dalam laman ini.

Baiklah....

Ketika JNSSB mula menghadapi masalah dengan BNM dulu, saya sendiri telah membawa Dr Jailani ke PPIM bagi mencari jalan penyelesaian menyelamatkan situasi yang makin meruncing yang sedang dihadapi oleh syarikat dan ahli.

Sebagai menunjukkan kesungguhan untuk menolong ribuan ahli JNSSB yang juga rata-rata ahli PPIM maka PPIM sedia menawarkan platform KOPERASI PPIM untuk digunakan. Pihak BNM yang ditemui juga turut menyokong secara lisan usaha ini. Apa yang BNM mahu adalah kita semua mematuhi undang2 negara dan menjalankan perniagaan ikut peraturan dan hukum. Mereka tiada niat untuk menjatuhkan mana2 pihak, sebaliknya hanya menjalankan tugas.

Pihak JNSSB setuju dengan cadangan ini. Maka saya merasa amat yakin dengan kedudukan kita. Kebetulan pula ada leader dari beberapa negeri menjemput saya memberi ceramah HFT memandangkan mentor2 lain semua dah hilang.

Sebagai mentor yang masih ada keyakinan oleh kerjasama dengan Koperasi maka saya tidaklah menolak jemputan leader2 tersebut.

Namun perkara sebaliknya berlaku. Tawaran koperasi tidak di pandang serius. Maka akibatnya..... adalah seperti yang kita lihat sekarang ini.

Sedih dan kesal dengan apa yang sedang berlaku. Ribuan merana, sengsara, derita. Dan yang paling dikesali adalah apabila tiada perkhabaran rasmi malalui perjumpaan rasmi atau bertulis dari sykt.

Ahli ditinggalkan terpinga2, leader dibiarkan menjadi mangsa tohmahan dan cerca nista. Parang, kayu, peluru menjadi ugutannya, tetakan, terajang dan penyepak hinggap ke muka. Untuk apa semua ini?? Kerana setia? Atau kerana termakan janji fatamorgana??

Namun sebagai mentor... kita kena waras dan terus steady.... cara mesti di cari.... ikhtiar mesti di temui agar terbela nasib diri dan anak2 negeri..

Sebagai ikhtiar saya sekali lagi berjumpa dengan pihak tertinggi PPIM agar kehidupan terus boleh diteruskan. Sekurang2nya ahli2 sedia ada boleh terus bergantung hidup memandangkan ramai yg hilang kerja, hilang punca pendapatan, hilang punca dan arah tujunya.

Maka, sebagai menunjukkan rasa kesungguhan dalam memperjuangkan ummah, PPIM bersetuju platform KOPERASI PPIM dimanfaatkan cara terbaik bagi menjana semula kehidupan ahli yang hampir punah.

Selaku salah seorang Ahli Lembaga Pengarah KOPPIM sy mencadangkan beberapa plan dibuat. Antaranya perniagaan trading dan pertanian.

Setakat ni, kita dah ada pelbagai produk (rujuk halalmall.com.my) dan produk penjimat elektrik seperti yang diiklankan dalam metro jumaat lepas (front page).

Projek pembekalan hasil ternakan. Kita telah menandatangani kontrak pembekalan tersebut minggu lepas dengan pembukaan ladang seluas 150 ekar. Bermula hari ini 20 ekar tanah fasa satu sedang di bersihkan untuk projek tersebut di Rawang. 100 ekar lagi akan dibersihkan bulan hadapan di Daerah Sabak. Esok, wakil pembeli akan melawat tapak sebelum benih di hantar.

InshAllah... rakan-rakan yang menjadi ahli KOPPIM akan dibawa melawat.

Selain itu projek ternakan ayam kampung di Melaka. Banyak lagi projek sedang di rancang.

Cadangan pada fasa pertama ini dijangkakan keuntungan (berjangka masa terhad) kepada pelabur akan diagihkan dengan kadar 60% 40%. Ahli 60% KOPPIM 40%.

Ada 2 jenis pelaburan yang akan dicadangkan.

Pertama menjadi ahli KOPPIM dengan membeli saham @RM5000 seunit. (boleh bayar ansuran) Dividen akan dikira setiap tahun.

Kedua ahli akan dipelawa untuk melabur dalam projek2 yang diwartakan. Keuntungan akan dibahagikan mengikut persetujuan.

Saya berharap dan mendoakan agar usaha ini akan berjaya dalam membantu ahli2.

Sesiapa yang berminat boleh berhubung seperti talian di atas.

Terima kasih.

Sekian, wassalam.

IZHAM NAYAN

kembali ke atas

Tok Wan | Saturday, 10 November 2007
Comments: 7
Assalamualaikum semua cucu Tok Wan,

Sekali lagi Tok Wan terpanggil untuk membuat sedikit komen pabila terbaca komen "semut12" pada 9 November yang lepas.

Tok Wan doa sangat-sangat supaya cerita yang di dengaq tu tak betui ! Ini adalah di sebabkan sistem Islam semestinya tidak boleh memberi jaminan pulangan secara tetap (60% kunun) . Kalau secara tetap tu, sebenaq nya ada unsur Riba. Kalau pulak tak jelas cara pelaburan tu, terjatuh pada "Gharar" (Tak jelas) lak.

Seeloknya, PPIM toksah nak buat skim lain demi untuk "menyelamatkan" skim yang telah di haram kan oleh Kerajaan. Had yang tu , biaq Kerajaan dan pihak yang berwajib yang handle. PPIM sepatutnya concentrate dalam isu yang depa expert dan bukan nak campoq urusan yang depa sendiri tak clear.

Untuk pengetahuan cucu Tok Wan, pada tahun 2000 ada satu sistem yang di asaskan oleh sekoq penyamun, (kalau tak salah Tok wan, nama dia Azmi). Skim MLM ni pakai lesen orang lain, kunun nya sdg nak tukaq nama pd si Azmi ni. Undang-undang sebenaqnya tak benarkan ! Bank Negara tutup skim depa dan janji atas janji, sampai la..... sengap. Duit tu si Azmi dah pulun sakan dan la ni dia bukak baru punya skim pakai nama orang lain.

Sama aja bunyi dgn JNSSB ni.......

Itu saja buat masa kini.

kembali ke atas

bread | Thursday, 01 November 2007
Comments: 130
Assalamualaikum wbt

Minggu ini ada ka sapa2 makan ayam daging dari Puchong ? Kalau tak tau ayam daging mana janganlah terus makan no.

Kali ini marilah kita berbicara pula tentang babi. Isu babi akan terus relevance selagi umat islam terus menjadi masyarakat pengguna manakala bukan islam pula semakin makmur menternak babi di Malaysia dan pada masa yang sama merekalah juga yang mendominasi industri pembuatan makanan.

Isu babi menjadi isu kerana penternak babi telah bermaharajalela. Alam sekitar sudah dicemari, malah bilangan babi pun sudah melebihi had yang sepatutnya. Umat islam yang tinggal di persekitaran kawasan penternakan babi tersebut juga telah mengalami banyak gangguan dari segi fizikal dan mental.
Ia jadi lagi isu apabila pihak berwajib tidak menunjukkan ketegasan apabila menangani isu babi ini.Mereka boleh menembak manusia yang nak dengar ceramah dengan gas pemedih mata dan peluru idup tetapi mereka takut dengan babi.
Ia terus menjadi isu penting kepada umat islam yang perihatin kerana telah terbukti banyak bahan makanan yang berada di pasaran telah dicampurkan dengan babi.

Segala hasil dari sumber babi dijadikan bahan (ingredient) untuk menghasilkan makanan dan segala sumber keperluan harian manusia. Contohnya sosej perut babi, kuew teow berlemak babi, berus berbulu babi, enzim babi dlm makanan ayam dan bermacam2 jenis produk lain didapati mengandungi bahan daripada babi.Tak nak membazirlah katakan.
Mereka ini samada sengaja atau pun tidak sengaja memang tidak perihatin, tidak peka dan tidak tahu menghormati keperluan majoriti umat islam di Malaysia dan dunia amnya.

Umat islam tidak memakan babi kerana dilarang oleh Allah dan Rasul. Sudah tentulah sebagai umat islam yg beriman kita akan mematuhi larangan tersebut.Berdosalah
kalau dimakan juga, melainkan dlm keadaan darurat dibolehkan makan sedikit.
Jadi tentang kajian sains tu, memang terbuktilah kenapa Allah melarang kita makan babi.

Apalah gunanya sembahyang tunduk bangkit sampai lebam dahi kalau makan makanan yang dicemari dengan babi? Lainlah kalau tak sembahyang.Hentam sajalah.

Bukan nak menghina babi sebab kita pun tau kalau kita hina babi memang bodo la kita. Ini adalah kerana babi itu adalah binatang yang tidak berakal Walau bagaimanapun otaknya memanglah ada dlm tempurung kepala dia.

Akhir sekali kita doakan perjuangan ppim akan mendapat keredhaanNya dan dilindungi dari gangguan musuh2 islam samada dari dalam selimut atau di luar selimut.Aminn.

Harap2 tak terkeluaq topik la no…

Wallahu’alam.

kembali ke atas

AFEZAN | Thursday, 01 November 2007
Comments: 11
Assalammualaikum,

Setiap masalah ada jalan penyelesaian.
Sebaik penyelesaian adalah secara bermusyawarah.
Jika ada yang bersalah, mohonlah ampun kepada Alla SWT
Jangan lupa meminta maaf kepada saudara Islam.
Yang penting, teruskan agenda pembangunan ekonomi Islam.

Allahu Akbar.

kembali ke atas

wakjawa | Wednesday, 31 October 2007
Comments: 211
anak ikan makan maggi
minum pulak coca-cola
memang sulit masalah ini
duit punya hal hilang agama

barang yahudi kita jauhi
termasuk juga ubat gigi
jangan kita membuta tuli
musuh senyum kita rugi

mukmin dan gardenia kawan kita
H5 marah tidak terkira
biarkan musuh merancang angkara
kita bersabar atur acara

tipu muslihat simusang jebat
tonyok melompat lihat siTaffa
bila jumpa jangan berdebat
cari penyelesaian dengan terbuka

kalau kail panjang sehasta
laut dalam patut di duga
biar yg buruk jangan dicerca
jadi sempadan di hari muka

gusi dan gigi hidup bersama
gigi dan lidah tergigit juga
kalau amal semua petua
hidup kekal aman sejahtera

kembali ke atas

tok sidang | Wednesday, 31 October 2007
Comments: 337
Alhamdulillah, lega rasanya kepala atok macam terlepaih batu berat ataih kepala bila baca kenyataan di atas. At least dah ada official statement dari PPIM mengenai duduk perkara sebenaqnya dan peranan PPIM dalam kes berkaitan.

Jadi la ni, tak bolehlah si polan dan si polan kata PPIM sokong kami ataupun tak kan PPIM nak tipu hangpa kut?

Cuma atok harap dalam masa yg terdekat ni, akan muncul dan terlaksanalah jugak cadangan utk duduk di meja perundingan antara semua yang terlibat bagi mencari jalan penyelesaian.

Atok cuma minta semua yang mai nanti bawak hanya satu ASPIRASI yakni bagi mewujudkan satu formula mudah utk meminimakan kerugian yang ditanggung oleh semua pihak.

Kita janganlah pulak nanti mai nak berperang dan saling menegakkan hujah. Sebab hanya Allah dan pihak yg berkuasa sahaja yg mempunyai kelayakkan utk menentukan duduk perkara. Setakat ini, kita cuma boleh cuba utk meringankan 'bebanan' dan melonggarkan 'tension' yg semakin meningkat.

Sbg orang tua, atok menyeru kesemua pihak supaya mendinginkan kepala masing2 dan banyak bermuhasabah supaya kita akan berjaya menyelesaikan segala kemelut berkenaan dengan baik.

takbir...takbir...takbir....

kembali ke atas


Comments are locked
* Pautan Khas
English Articles, JAKIM
* Mesti Lihat
but_radio24.jpg

but_melayu.jpg

but_senaraiyahudi.jpg

but_mfo.jpg

zakirnaik.gif


tanjungmanis.gif
Undian Pengguna

Apakah pendapat anda tentang harga ikan semasa?


BIASA
TINGGI
RENDAH




© Hak Cipta Terpelihara 2005 -2010 Persatuan Pengguna Islam Malaysia