Comments
|
parangkontot
|
Friday, 13 March 2009 |
|
|
Comments: 38
|
Salam...semua, Aku ni taklah pandai sangat dalam hukum muamalah, almaklumlah sekolah sampai darjah enam saja. Tapi aku rasa apa yg aku dapat dalam beberapa web site seperti dibawah ni sekurang2yna dapat membantu beri sedikit penjelasan. Wallahua’lam.
Fatwa mengenai ASB, ASN: 1. Keputusan Fatwa Negeri Sarawak - Harus 2. Keputusan Fatwa Negeri Selangor - Tidak harus, tidak diwajibkan zakat dan tidak harus diguna untuk menunaikan haji. 3. Keputusan Fatwa Negeri Terengganu - Hanya memberikan garis panduan 4. Keputusan Fatwa Negeri Perak - Harus dan keuntungannya halal Dalam pelaburan ASB, modal atau capital adalah di jamin oleh PNB. Jika merujuk kepada mazhab Syafie, aqad pelaburan tadi adalah batal. Malah modal pelaburan tidak boleh dijamin oleh pihak yang menguruskan pelaburan. Majma’ Fiqh Islami atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam konvensyen ke 9 mereka telah memutuskan bahawa jaminan modal hanya dibenarkan jika ia datang dari pihak ketiga. dan dengan syarat ia tidak dimasukkan di dalam kontrak mudarabah. Pelaburannya di buat ke kaunter haram lebih dari 30 %. Ia adalah banyak dan tidak diiktiraf oleh Majlis penasihat Shariah Suruhanjaya Sekurtiti Malaysia1) Pelaburan ASB iaitu sebanyak 37.30 % ke Maybank ( perbankan Ribawi yang haram) 2) Commerce asset holdings berhad ( Konvensional) - 1.11 % 3) British American Tobacco berhad 1.07 % 4) Malaysian National Reinsurance Berhad - 0.89 % ( insurans, juga konvensional)
|
|
drnoraida
|
Monday, 09 March 2009 |
|
|
Comments: 27
|
macam mana ni?Jawatankuasa fatwa luluskan tapi Sharia advisory council kata tak ok.Yg mana satu nak ikut ni?
|
You must be logged in to make comments on this site - please log in, or if you are not registered click here to signup
|
|
|