Login / Daftar di sini.
 
HOTLINE 019 359 1000
Waktu Solat
 

  Go to : BERITA PPIM
JOM SEMBANG-ANTARA SAINS MODEN DENGAN ILMU WAHYU (AL-QURAN) & HADIS printer friendly << Back
MENARIK UTK PENGETAHUAN ...HAYATILAH !!!

Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu. Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikan Nya.  

Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain.

Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan .

Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang. Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh.

Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman" . Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:  
1. Hati
2. Paru-paru
3. Perut
4. Hempedal
5. Buah pinggang
6. Jantung
7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. Telur ikan
9. etc.  

Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini . Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?  

Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.  

Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah . Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam . Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut.  

Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya . Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot . Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.

Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya . Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas . Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia.

Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun . Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?   Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7. Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun . Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.  

Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.  

Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital .  

Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama . Arwah guru saya menasihati agar:

1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya
2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya 3. Elakkan minuman bergas
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
6. Makan buah delima
7. Makan epal hijau  

Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata , akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah .

Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.  

Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia .

Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).  

Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat .

Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya.. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja .

Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati .. Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan .  

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan Rasul Nya saja yang mengetahui dengan tepat .

Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun . Subhanallah.  

Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden. Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati .


Read/Post Comment: 6
Comments
leao12123 | Friday, 03 September 2010
Comments: 18

The first shoes with air max light technology were introduced in 1979. The Air's most popular sub-brand, the Air Jordan, was introduced in 1985. Other Air lines include Air Melo, Air Max, Air Force and Zoom Air.Though known collectively as nike air classic bw, the line is actually made up of several sub-lines that all use the air-sole technology. There is no single "nike shox nz" shoe.

kembali ke atas

hanlyone | Friday, 30 July 2010
Comments: 58
Blu-Ray to HD Converter can also rip Blue ray to popular SD video formats, such as AVI, MPEG, MP4, FLV, Convert Blu Ray
Convert Blu Ray to AVI
Convert Blu Ray to MP4
Convert Blu Ray to MPEG4
Convert Blu Ray to PSP
WMV, RM, MKV, MP3, MOV, etc.
kembali ke atas

kembali ke atas

taffa | Tuesday, 16 February 2010
Comments: 533
Salam li,

Aku suka statement hang li, mudah mudahan dapat menyedarkan aku serta semua pembaca...

All the best... semuga anda terus memberikan komen yg bernas dan dapat menyedarkan sesiapa yg membaca...

kembali ke atas

li | Tuesday, 16 February 2010
Comments: 83
Keperluan Sains didalam bidang makanan amat diperlukan dan ia boleh membantu dari segi kesihatan dan keselamatan. Seperti kita maklum, kaedah penyembelihan juga adalah istilah yang sain telah buktikan kesahihan nya dan ia tidak hanay putus disitu saja sebab ia bermula lagi dari awalan dan sehingga lah sampai ke peringkat makan dan sebagainya.

Dari sudut ini kita amati bahawa binatang ternakan untuk "human comsumption" adalah mengikut kaedah saitifik, di suntik, diberi makanan berjadual, jenis makan2 yang di campurkan dengan bahan2 lain atau bahan2 "chemical" yang dibenarkan dan sebagai nya. Ada juga haiwan2 ini di beri makanan yang berunsur lain2 secara saintifik dimana daging haiwan ini mencapai quality yang sangat tinggi sebagai contoh KOBE BEEF atau seperti daging2 quality tinggi di KOREA.

Maka yang pertama seperti taffa dapat ilmu dari MAT SALLEH tadi jelas menunjukan bahawa Mat Salleh ini mengetahui yang organ dalaman lembu di UK adalah "TOKSIK" maka mereka tidak mahu memakan nya dan mereka export ke Negara yang "consume" kerana Lembu2 ini di TERNAK megikut kaedah saintifik. Tapi bila kita amati pemakana Mat Salleh2 ini baik di Negara mereka atau di mana mereka berada, nampak nya mereka ini makan "apa aje", cacing, ulat, beluncas, darah babi, siput babi dan berbagai2 makan2 pelik pelik dan mereka ini tidak lah pulak membuat "kenyataan" selain kenyataan saintifik juga akhir nya.

Kalau kita amati orang2 melayu dari dulu, nak makan daging STEAK atau daging BATANG PINANG, DAGING BIASA, DAGING KAMBING, DAGING AYAM, IKAN MERAH, IKAN SIAKAP, IKAN PATIN SUNGAI, IKAN JENAHAK atau jenis2 yang MAHAL, kita tahu yang kita tidak mampu(ini boleh dinyatakan oleh rakyaat biasa yang melalui nya semasa sebelum British dan selepas jepun). Kemampuan masa itu IKAN SEPAT MASIN, IKAN KELI SUNGAI, IKAN PEKASAM, IKAN KERING dan macam2 yang harga nya murah sangat atau mudah di cari sendiri. Maka nya kita boleh lah mengatakan orang melayu atau orang Asia makan makanan yang tidak "standard" atau "bertaraf" atau yang kurang "nutrion".

MAKA apabila naik taraf ekonomi orang melayu, mereka mula lah makan daging, makan Ikan besar2, makan "fried Chiken", Makan "steak", makan besar lah dan sebagai nya yang dikatakan makan berkhasiat dan makanan kesihatan.

Kita lihat pula ada juga orang2 yang tidak mahu makan NASI sebab saintifik kata kandungan "GULA" didalam setiap pinggan NASI dan macam2 lagi "kenyataan2" yang menakutkan. Kita ambil CONTOH mengenai SAYURAN ORGANIK yang menjuruskan kepada makan SAYUR BIASA tidaklah lagi sihat sebab ia mengunkan racun perosak atau "chemical" dimana sayur organik TIDAK.

SEDARLAH - untuk mengeluarkan sayuran organik ini memerlukan TANAH BARU yang belum pernah di usahakan kebun sebelum ini sebab kangdungan tanah yang telah dicemarkan perlu bertahun2 dengan "treatment" sebelum ia pulih. SUMBER AIR sangat penting juga, penuaiyan, pemerosesan, pembungkusan, cara penghantaran, cara jualan dan macam2 syarat lagi yang memboleh kan ia nya di lable kan ORGANIK.

KITA ambil pendekatan TUNTUTAN HALAL tadi, KITA TANYA DIRI KITA (JANGAN HANYA PANDAI BERCAKAP JE) ini satu "excercise" je yang mungkin dapat membantu diri kita. APAKAH SUMBER KEWANGAN KITA UNTUK MEMBUKA PERNIGAAN? ADAKAH SEMUA PERKERJA KITA YANG MENYEDIKAN MAKANAN UNTUK ORANG MUSLIM "SOLAT"?, ADAKAH KITA MENGAMBIL KEUNTUGAN YANG DIBENARKAN? BAHAN2 YANG KITA GUNAKAN DARI SUMBER HALAL? KITA BAYAR ZAKAT TAK? KITA BERSEDEKAH TAK? KITA BERSENGKONGKOL DENGAN ORANG2 YANG "PERLAKU"?, KITA BAYAR GAJI PERKERJA DENGAN GAJI YANG MENCUKUPI UNTUK MEREKA "HIDUP"?, PERKERJA2 KITA DARI ORANG SIHAT? banyak lagi kalau nak kita tanya diri kita.

Saya rasa KALAU KITA berIlmu dan kita curahkan Ilmu kita tanpa segan tanpa tanya untuk KEBAIKAN UMAT adalal lebih afdal, kita lakukan sebagai FARDHU KIFAYAH dan kita akan capai matlamat kita didalam kehidupan sebagai seorang muslim. SAYANG sekiranya Manfaat SAINS kita tidak gunaka untuk KEBAIKAN, SAYANG kita tidak gunakan ILMU kita untuk KEBAIKAN, SAYANG apabila kita asyik dengan BERCAKAP SAJA tapi tidak ada 'SOLUTION".

KEBENARAN itu penting dengan KEINSAFAN, KEIKLAHSAN, TAUBAT.
kembali ke atas

taffa | Tuesday, 16 February 2010
Comments: 533
Salam,

Seronok bila saya baca ARTICLE yg di postkan dalam forum, untuk pengetahuan ini adalah sedikit cerita saya tentang apa yg diperkatakan dalam forum ini....

Saya adalah seorang MASTERBUTCHER/CHEF yg telah berkecimpung dalam perniagaan serta pengusaha makanan yg berasaskan Daging dan sekarang telah membuka sebuah STEAK HOUSE... Begitulah serba sedikit cerita ttg saya.

jadi kita mulakan tentang pemakanan seperti yg disebut "ORGAN DALAMAN BINATANG" telah saya terangkan atau cuba untuk memberi nasihat akan KEBURUKKAN & mudharat nya makanan berikut, tapi saya sering dikatakan "MEMBAWA AJARAN SESAT" pada pengguna, itu lah sering didengari di mana saya bercakap tentang perkara atau makanan berikut..

Jadi saya mengambil langkah untuk terus bercakap tentang perkara berikut, apa yg saya kesalkan, cubalah kita pergi mana mana Restaurant, Gerai, Kiosk yg menjual makanan seperti Nasi Campur kita akan lihat pelbagai benda2 dalaman atau ORGAN BINATANG ini dijual secara terang terangan, dan pemakan nya adalah dari kaum MELAYU jadi apa yg perlu kita lakukan.. Hanya menjadi penonton dan jika kita menegur mereka dgn secara SINIS berkata..... Alllahhhh kalau kau tak mau makan jangan lah halang orang nak makan "BUKAN HARAM" sebat ajalah..... Itulah yg didengari atau sindiran Ikhlas dari peminat makanan berikut....

Semasa saya bekerja di U.K dengan syarikat pengeluar Daging Lembu untuk bekalan pada seluruh pelusuk England dahulu, masih saya ingat barangan dalaman tersebut seperti i.e:
1. Hati / Limpa
2. jantung / Buah Pinggang
3. Paru Paru
4. Perut Babat/Kitab & Tembusu
Ini semua dijadikan makanan binatang "PET FOOD" dan saya bertanyakan kenapa tidak dijual pada pasaran atau di pasar basah, dan GM saya berkata "FOR THOSE WHO ARE REALLY IDIOT THAT WILL CONSUME OR EAT IT" sehingga begitu sekali mereka itu menganggap ORGAN ORGAN itu jijik dijadikan makanan dan hanya layak untuk diperoses untuk dijadikan makanan binatang "PET FOOD" sahaja.... Tapi tidak dinegara kita, Organ2 binatang tersebut dijadikan satu makanan "POPULAR" serta menjadi kegemaran ramai... Begitu juga satu statement entah datangnya dari mana pon saya tak tahu ia itu tentang i.e:
1. Ekor Lembu & Konek Lembu (Di jadikan sop untuk menguatkan tenaga batin) dan digelarkan sebagai Sop TORPEDO ini menjadi kegemaran para JANTAN2 yg saya anggap BODOH serta BANGANG tanpa mengambil kira KOLESTEROL yg terkandung serta dicampur dan dimasak dengan pelbagai campuran MSG. MINYAK KELAPA itu secara tidak langsung menambbahkan kadar KOLESTEROL yg 3 kali ganda, silap silap TENAGA BATIN enta kemana & yg menyinggah hanyalah KENA STROKE sebab berlebihan KOLESTEROL..... Ini adalah satu2 KEBODOHAN orang kita dengan hanya mengambil kira "ORANG KATA" ianya boleh membuat kita KUAT TENAGA BATIN, sekiranya kuat sekali pon tenaga BATIN tu berapa kali sehari kita mahu melakukan SEX dalam sehari, macam dah tak ada kerja lain kah, selain dari SEX...

Inilah kelemahan ORANG MELAYU sekiranya ditegur akan ada lah yg marah dan melenting, sedangka kita cuma mahukan mereka itu menghindar dari memakan yg entah apa apa... Kita disalahkan...

Ianya menjadi satu kesalahan kah jika kita mahu membuat kebaikan.... Oleh itu cuba baca statement berikut :-
Roh halal dan jihad halal

Cepat atau lambat satu-satu operasi bergantung kepada kes dan menurut Mohd Amri ada kes yang operasinya bermula jam 12 tengahari dan berakhir pada jam 3 petang keesokannya.

"Kami di JAKIM telah diterapkan dengan Roh Halal dan Jihad Halal yang cukup kuat. Jadi tak ada masalah untuk buat operasi pada awal pagi atau yang mengambil masa berjam-jam lamanya,"tegasnya.


Mohd Amri turut menegur sikap sesetengah orang Islam di negara ini yang membuat andaian semua produk yang dijual di Malaysia adalah halal tanpa meneliti ramuan yang digunakan untuk membuat produk tersebut.

"Bila kita buat operasi pemantauan dan penguatkuasaan, barulah mereka sedar.

Pihak kami pernah menyerbu sebuah restoran atas aduan orang ramai yang meragui kehalalannya. Ramai pengunjung Islam sedang makan di premis yang tidak halal itu dan apabila ditanya, komen mereka makanan sedap.

Lagi pun kata mereka juruwangnya memakai tudung.

"Yang haram bukan dari segi daging khinzir tetapi alkohol. Kebanyakan makanan Barat, Cina dan Jepun menggunakan alkohol untuk menyedapkan makanan. Pengalaman saya makanan Barat banyak menggunakan cuka wain atau alkohol. Sikit atau banyak, mabuk atau tak memabukkan, yang haram tetap haram," tegas Mohd Amri.

Beliau menasihatkan masyarakat Islam untuk menjaga kehalalan makanan kerana sumber makanan yang haram akan turut mencacat-celakan keturunan.

Menurut beliau, ada pihak yang menyatakan generasi orang Islam hari ini sebagai generasi strawberi, lemah dan rosak akhlak.

"Buah strawberi itu kan lembik, tidak boleh diusik, Ini semua berpunca daripada makanan. Kita mesti beratkan makanan yang halalan thoyiban. Jika ini tidak ditangani, generasi Islam akan terus lemah.

"Otak yang cergas datang dari sumber makanan. Saya ibaratkan makanan sebagai minyak. Kalau minyak tidak berkualiti, nak nyalakan lampu pun tak boleh, nak gerakkan kereta pun tak boleh. Kita perlu tukar generasi strawberi ini dengan faktor makanan.

"Orang Islam mesti menjadi pengguna yang bermaklumat, mesti ada sifat ingin tahu, tahu membezakan sama ada satu-satu makanan itu halal atau tidak. Jadikan ini pembelajaran sepanjang hayat.

“Tengok orang Yahudi, bagaimana mereka boleh melahirkan generasi yang hebat dan menguasai ekonomi dunia. Puncanya hanya mengambil makanan yang berkhasiat (kosher), orang Yahudi menjaga betul apa yang mereka makan," kata Mohd Amri.


Insyallah akan bersambung...
kembali ke atas


You must be logged in to make comments on this site - please log in, or if you are not registered click here to signup
* Pautan Khas
English Articles, JAKIM
* Mesti Lihat
but_radio24.jpg

but_melayu.jpg

but_senaraiyahudi.jpg

but_mfo.jpg

zakirnaik.gif


tanjungmanis.gif
Undian Pengguna

Apakah pendapat anda tentang harga ikan semasa?


BIASA
TINGGI
RENDAH




© Hak Cipta Terpelihara 2005 -2010 Persatuan Pengguna Islam Malaysia