Login / Daftar di sini.
 
HOTLINE 019 359 1000
Waktu Solat
 

  Go to : BERITA PPIM
LAPORAN POLIS BERHUBUNG AISKRIM WALL'S MOO printer friendly << Back
KENYATAAN AKHBAR LAPURAN POLIS KES LAMBANG SALIB AISKRIM MOO KELUARAN WALLS

g1.jpg

Lapuran polis telah dibuat pada hari Jumaat lepas 10 Nov 2006 jam 10.30 di IPD Cheras. Bersama-sama petugas PPIM juga turut bersama En Amir Hamzah Presiden Kongres India Muslim Malaysia, Dato Paduka Saharuddin Awang Yahya Presiden Yayasan Bakti Khidmat Masyarakat Malaysia dan ahli-ahli pertubuhan berkenaan.

Perkara ini dikesan melalui aduan dari pengguna yang menyedari mengenai kewujudan lambang salib di ais krim Moo keluaran Walls yang juga disiarkan secara meluas melalui iklan di rangkaian televisyen.



Laporan polis ini dibuat bagi menggesa siasatan segera terhadap isu yang berupaya menggugat keharmonian masyarakat berbilang bangsa dan agama di negara ini. Menjadi tanggungjawab PPIM bagi membendung dan menyuarakan kemarahan masyarakat pengguna Islam terutamanya apabila isu ini membabitkan sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia. Dalam keadaan sekarang ini dimana isu murtad dan agama menjadi perbualan hangat , isu seperti ini dilihat berupaya mengeruhkan keadaan semasa dan mengganggu ketenteraman awam.

Sehubungan dengan ini PPIM mendesak satu penjelasan rasmi dan terperinci dari pihak Walls iaitu Syarikat Unilever ( M ) Holding Sdn. Bhd. Pihak PPIM juga telah menghubungi pengurusan Walls yang berjanji akan memberi penjelasan tetapi pengurusan mereka masih gagal berbuat demikian.

PPIM juga menuntut penjelasan mengenai tujuan sebenar lambang – lambang tersebut diwujudkan dan diletakkan di produk mereka dan menggesa mereka menarik balik produk mereka berkuatkuasa secara serta merta. Ini kerana perkara yang sama iaitu penggunaan lambang salib telah dikesan digunakan pada batang kayu aiskrim Paddle Pop keluaran Walls pada kira – kira 2 tahun yang lepas. Sekiranya mereka ingin mempromosikan dan menjual produk tersebut, lambang berupa salib itu harus dibuang daripada produk tersebut.

Syarikat yang bertanggungjawab juga digesa memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat pengguna Islam di negara ini melalui semua saluran media eletronik dan media cetak pelbagai bahasa dengan serta merta.

Pengurusan Walls juga perlu mengadakan sidang akhbar bagi memperjelaskan kekeliruan dan kemarahan masyarakat pengguna Islam di negara ini berhubung isu lambang salib di aiskrim keluaran mereka.

Syarikat ini juga harus mengiktiraf kuasa penggunaan masyarakat pengguna Islam di negara ini yang wajar dihormati sepenuhnya dan tidak hanya memikirkan aspek keuntungan semata – mata kerana pengguna mempunyai hak untuk memboikot produk yang tidak menghormati hak masyarakat pengguna Islam di negara ini.

PPIM juga mencadangkan agar semua syarikat pengeluar produk makanan dan minuman di negara ini diwajibkan mempunyai panel syariah didalam organisasi mereka bagi bertindak sebagai pakar rujuk dan memastikan kejadian seperti ini tidak berlaku di masa hadapan. Panel syariah yang terdiri dari mereka yang mempunyai kelulusan dan diiktiraf oleh pihak Jakim akan memantau penyelewengan dan salah laku terhadap produk yang dipasarkan di negara ini.

Pengiktirafan dan pemberian logo halal oleh pihak Jakim juga harus memastikan isu yang boleh menyinggung sensitiviti agama ditegah dari dipergunakan di produk yang ingin mendapat pengiktirafan dan status halal dari pihak Jakim. Prasyarat ini perlu diberi keutamaan bagi mengelakkan perbuatan tidak beretika ini daripada berulang.

Perbuatan pengurusan Walls ini juga dilihat membelakangi prinsip rukun negara Malaysia sebuah negara yang mengamalkan prinsip Rukun negara yang bertujuan memastikan rakyatnya yang berbilang bangsa dan agama dapat hidup dengan aman dan harmoni.

Sekiranya hasil siasatan didapati syarikat ini menggunakan lambang salib itu secara disengajakan maka pengurusan syarikat tersebut wajar dikenakan tindakan sewajarnya bagi memberi pengajaran kepada organisasi serta pengusaha lain agar lebih menghormati sensitiviti dan kedaulatan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini. Ini kerana sebarang cubaan menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini tidak boleh dikompromi dan perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan.

PPIM mendesak penubuhan Akta Halal disegerakan bagi menjamin kepentingan masyarakat pengguna Islam di negara ini yang merupakan majoriti utama kuasa pembelian di Malaysia. Akta ini penting bagi memastikan usaha kerajaan membentuk Hab Halal terulung di rantau ini berjaya. Penubuhan akta ini akan memperuntukkan satu mekanisma kawalan terhadap golongan seperti ini agar lebih berhati – hati dan menghormati hak serta keharmonian negara Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa yang boleh terjejas atas kebiadapan segelintir peniaga yang tidak beretika. [END]





Read/Post Comment: 37
* Pautan Khas
English Articles, JAKIM
* Mesti Lihat
but_radio24.jpg

but_melayu.jpg

but_senaraiyahudi.jpg

but_mfo.jpg

zakirnaik.gif


tanjungmanis.gif
Undian Pengguna

Apakah pendapat anda tentang harga ikan semasa?


BIASA
TINGGI
RENDAH




© Hak Cipta Terpelihara 2005 -2010 Persatuan Pengguna Islam Malaysia