<< Back
10 September 2008 - Sungguh menjijikkan!!! Itulah kata-kata yang paling sesuai untuk ditujukan kepada sebuah kilang yang memproses tauhu kering di kawasan Kajang apabila kilang tersebut terletak berhampiran dengan kandang anjing. Kilang tersebut telah menjadi pengedar tauhu kering selama 4 tahun dan mengedar tauhu kering tesebut di kawasan Lembah Klang. Apa yang lebih menjijikkan lagi terdapat puluhan lalat yang menghurungi sebatian tauhu kering yang masih dalam pemprosesan dengan keadaan bau yang sangat busuk dan meloyakan. Di samping itu juga, kilang tersebut menjadi laluan keluar masuk anjing-anjing yang dipelihara bersebelahan dengan kawasan kilang terbabit.
Read/Post Comment: 30







