Login / Daftar di sini.
 
HOTLINE 019 359 1000
Waktu Solat
 

  Go to : BERITA PPIM
Kenyataan Akhbar Berhubung Permasalahan Industri Francais Yang Melibatkan Usahawan Francais Bumiputera printer friendly << Back
pc_francais1.jpg
pc_francais2.jpg
pc_francais4.jpg
pc_francais3.jpg
pc_francais5.jpg
Kenyataan Akhbar Berhubung Permasalahan Industri Francais
Yang Melibatkan Usahawan Francais Bumiputera

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima banyak aduan berhubung pemilikan usahawan francais bumiputera yang terpaksa ditutup akibat kegagalan meneruskan perniagaan mereka. Permasalahan usahawan francais bumiputera dilihat serius kerana usahawan ini tidak lagi mampu bersaing dan berniaga kerana permasalahan dari syarikat induk dan kegagalan mendapat bimbingan sepenuhnya dari kementerian terbabit.

Syarikat induk (francaisor) didakwa menindas usahawan bumiputera dengan terma - terma perjanjian yang berat sebelah hingga mengakibatkan perniagaan mereka terjejas teruk dan terpaksa menghentikan perniagaan francais tersebut. Isu ini perlu diberi perhatian segera oleh kementerian terbabit kerana ia melibatkan nasib usahawan bumiputera yang tertindas dan melibatkan imej kerajaan untuk membantu serta menggalakkan perniagaan francais kepada usahawan bumiputera.

Berikutan permasalahan tersebut, sekurang-kurangnya 30 usahawan Bumiputra yang menyertai sistem franchais di bawah Perbadanan Nasional Berhad (PNS) bimbang dengan kemungkinan diisytiharkan bankrup berikutan kegagalan mereka meneruskan perniagaan yang disertai.

Berikutan itu, beberapa bekas usahawan yang menyertai sistem tersebut tampil untuk mendedahkan kepincangan, penindasan dan sikap lepas tangan pihak-pihak yang terbabit termasuk PNS, Persatuan Franchais Malaysia dan juga syarikat induk franchais. Bekas-bekas usahawan franchais Jukebox, Marrybrown, Watershop, VV Shop, Camps Apparel, Sinma dan Kwikstop ini berharap pendedahan yang dibuat ini akan membuka mata pihak terbabit serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk mencari jalan penyelesaian terhadap penindasan dan ketidakadilan yang dilakukan oleh syarikat induk.

Seorang usahawan di bawah francais Jukebox berkata, beliau kini menanggung hutang lebih RM200,000 walaupun baru setahun menyertai bidang perniagaan. “Saya menyertai perniagaan franchais ini kerana difahamkan akan mendapat bimbingan dan bantuan daripada PNS serta syarikat induk yang dipilih. Saya begitu yakin sistem franchais ini akan membantu usahawan baru yang kurang berpengalaman seperti saya untuk maju” katanya.

Beliau yang memulakan perniagaan pada Mei 2008 bagaimanapun kecewa kerana sistem franchais itu hanya memihak kepada syarikat induk sahaja. “Syarikat Harian Shoes Sendiri Berhad yang mengendalikan perniagaan Jukebox hanya mementingkan keuntungan mereka sahaja. Mereka melambakkan stok di kedai-kedai kami tanpa mengira sama ada stok yang dihantar itu boleh dijual atau tidak”. “Mereka memaksa kami menerima semua stok yang dihantar walaupun kami tidak membuat sebarang pesanan dan semua barang-barang yang dihantar itu dianggap telah kami beli”.

``Akibatnya, berlaku lambakan stok di kedai dan hutang kami terus meningkat. Lebih mengecewakan barangan yang dihantar itu kebanyakannya barang-barang yang tidak mendapat sambutan daripada para pengguna,’’ katanya. Menurut Habsah lagi, sistem keahlian yang diperkenalkan oleh Jukebox juga membebankan usahawan kerana selain daripada tidak mendapat sebarang peratusan daripada wang keahlian, ia juga mengurangkan margin keuntungan kerana ahli membeli kasut-kasut Jukebox pada harga yang lebih rendah. Seorang lagi bekas peniaga, Zulkarnain Toha berkata, beliau kecewa dengan sikap syarikat induk yang tidak menepati perjanjian perniagaan yang dipersetujui.

Beliau yang menyertai perniagaan Watershop pada tahun 2004 menjelaskan bahawa syarikat induk itu tidak memberi sokongan untuk memajukan perniagaan dan dengan sewenang-wenang menukar terma-terma dalam perjanjian franchais yang telah ditandatangani, untuk kepentingan mereka.

`Saya kecewa kerana mereka mengambil masa yang terlalu lama untuk memperbaiki mesin-mesin yang rosak, ada sehingga tujuh bulan sedangkan saya terpaksa terus membayar sewa tempat meletakkan mesin-mesin air tersebut. `Mereka juga menukar terma-terma perjanjian terutama berkaitan dengan kos penyelenggaran mesin yang akhirnya menyebabkan kami terpaksa menanggung semua kos penyelenggaraan walaupun pada perjanjian asal ianya di bawah tanggungan syarikat induk,’’ katanya yang terpaksa menutup perniagaan pada pertengahan 2007.

Selain daripada itu, terdapat sekurang-kurangnya lapan buah outlet Marrybrown yang terpaksa ditutup walaupun kurang dua tahun beroperasi setelah menghadapi masalah dan karenah birokrasi dengan syarikat induk, Marry Brown Fried Chicken Sdn Bhd. Sistem franchaisee –franchaisor yang diperkenalkan kerajaan menerusi PNS dan PFM yang terlalu mengutamakan syarikat induk sehingga ramai di antara usahawan di bawah payung syarikat-syarikat itu menghadapi kesukaran untuk meneruskan perniagaan.

Bagi menghalang kemelut yang berlaku menjadi lebih parah, kami merayu Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan menjadi orang tengah dan meneliti kepincangan program perniagaan franchais yang mengagalkan pembangunan usahawan Bumiputra. Usahawan-usahawan francaisor ini merupakan golongan yang menyahut seruan kerajaan untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan dan kami yakin akan berjaya dengan bimbingan syarikat-syarikat besar menerusi sistem franchais.

`Namun hakikatnya mereka kini menjadi mangsa kerakusan syarikat-syarikat induk yang mengunakan sistem franchais sebagai platform untuk mengaut keuntungan segera tanpa mempedulikan nasib usahawan di bawah sayap mereka,’’ katanya. Kami juga menyeru, usahawan dan bekas usahawan franchais yang menghadapi masalah yang sama agar tidak mendiamkan diri dan tampil mendedahkan masalah yang dialami agar langkah-langkah boleh diambil untuk tindakan diambil. [END]


Read/Post Comment: 22
* Pautan Khas
English Articles, JAKIM
* Mesti Lihat
but_radio24.jpg

but_melayu.jpg

but_senaraiyahudi.jpg

but_mfo.jpg

zakirnaik.gif


tanjungmanis.gif
Undian Pengguna

Apakah pendapat anda tentang harga ikan semasa?


BIASA
TINGGI
RENDAH




© Hak Cipta Terpelihara 2005 -2010 Persatuan Pengguna Islam Malaysia