Login / Daftar di sini.
 
HOTLINE 019 359 1000
Waktu Solat
 

  Go to : BERITA PPIM
AKTIVITI PPIM-PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA WARIS KELUARGA MANTIK HANI printer friendly << Back
sumbangan_mantik_utusan.jpg

Keluarga Mantik dapat sumbangan RM13,100

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1103&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_37.htm&arc=hive

KUALA LUMPUR 2 Nov. - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Majlis Permuafakatan Antara NGO-NGO (Mapan) hari ini menghulurkan sumbangan RM13,100 kepada keluarga Mantik Hani. Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, sumbangan tersebut hasil kutipan daripada ahli-ahli persatuan serta gabungan itu bagi meringankan beban keluarga pembantu rumah yang mati dipercayai didera oleh majikannya. Menurutnya, PPIM dan Mapan memandang serius perkara tersebut dan mengutuk sekeras-kerasnya jenayah penderaan.

"Ingin kami tegaskan bahawa ini bukanlah budaya rakyat Malaysia yang mendukung sepenuhnya hak asasi manusia.  "Bangsa kita merupakan bangsa yang prihatin dan bertanggungjawab serta menghormati hak individu lain dalam mengamalkan suasana hidup yang harmoni," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyerahkan sumbangan tersebut kepada Timbalan Duta Besar Indonesia, Tatang B Razak di Kedutaan Indonesia di Jalan Tun Razak di sini hari ini. Wang sumbangan itu akan diserahkan oleh wakil kerajaan Indonesia kepada keluarga Mantik dalam masa terdekat.

Setakat ini, majikan Mantik iaitu seorang peniaga berusia 36 tahun telah ditahan polis.  Difahamkan, Mantik sebelum ini bekerja dengan majikan lain secara sah, tetapi telah melarikan diri dan bekerja dengan majikan baru yang akhirnya dipercayai menderanya sehingga mati pada 26 Oktober lalu. Mantik meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Nadzim meminta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang melakukan penderaan terhadap pembantu rumah warga asing.

Selain itu menurutnya, pemantauan berterusan perlu dilakukan bagi memastikan kes penderaan pembantu rumah tidak berulang.  Katanya, kerajaan juga perlu mewujudkan garis panduan yang lebih jelas berhubung peraturan mengenai kebajikan dan keselamatan pembantu rumah khususnya yang beragama Islam. Menurutnya, tindakan itu penting untuk mengelakkan salah faham dan rasa tidak puas hati di antara Malaysia dan Indonesia. "Dalam hal ini, masyarakat juga diminta tampil ke hadapan menyampaikan maklumat sekiranya mengesyaki terdapat kes penderaan pembantu rumah di kawasan tempat tinggal mereka," katanya

Read/Post Comment: 5
* Pautan Khas
English Articles, JAKIM
* Mesti Lihat
but_radio24.jpg

but_melayu.jpg

but_senaraiyahudi.jpg

but_mfo.jpg

zakirnaik.gif


tanjungmanis.gif
Undian Pengguna

Apakah pendapat anda tentang harga ikan semasa?


BIASA
TINGGI
RENDAH




© Hak Cipta Terpelihara 2005 -2010 Persatuan Pengguna Islam Malaysia