Login / Daftar di sini.
 
HOTLINE 019 359 1000
Waktu Solat
 

  Go to : Pilihan Utama
PPIM, PEWARIS DAN GABUNGAN NGO ISLAM LAIN BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP HERALD YANG MENGHINA PERLEMBAGAAN DAN RUKUN NEGARA printer friendly << Back

laporan_polis_herald2.jpg
Kenyatan Media Berhubung Laporan Polis
Terhadap Herald Yang Menghina Perlembagaan Dan Rukun Negara

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), PEWARIS dan Gabungan NGO Islam membuat satu laporan polis terhadap majalah Herald-The Catholic Weekly atas tindakan mereka terus menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitannya. PPIM bimbang jika ada pihak akan bangkit dan menganggap bahawa sebenarnya institusi mahkamah sivil negara ini telah menghina Islam dengan keputusan perbicaraan yang telah diputuskan oleh seorang hakim yang bukan Islam.

Kami juga bertindak atas semangat Rukun Negara pertama iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan di mana tuhan itu sebagai satu istilah umum dan setiap agama di negara ini mengguna tuhan sebagai kata umum serta mempunyai istilah tersendiri dalam agama mereka apabila merujuk kepada tuhan masing-masing. Allah adalah tuhan bagi umat Islam yang dikenali melalui sifat-sifatnya yang tersendiri.

Oleh yang demikian, mana-mana pihak tidak mempunyai hak untuk mencabulnya dengan merujuk Allah sebagai tuhan mereka dengan sifat-sifat yang bersalahan denganNya.


Kami tetap dengan pendirian kami untuk menggunakan apa jua cara yang dibenarkan undang-undang untuk terus membantah penggunaan Allah oleh pihak atau orang bukan Islam atas apa jua alasan. Ini adalah kerana ianya boleh mengganggu ketenteraman umat Islam dan boleh mengakibatkan negara menjadi kucar-kacir akibat perbalahan agama yang bukan mudah untuk dileraikan.
Kami mengesyaki ramai orang Melayu telah menganut agama Kristian hingga mendorong Herald menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan Melayunya.

Oleh yang demikian, sebelum apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku, PPIM ingin membawa perkara ini ke muka pengadilan agar ianya dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik.

Kami bertindak atas dasar perlembagaan negara fasal 11(4) yang secara jelas melarang mana-mana pihak selain Islam menggunakan kalimah Allah.


Kami menggesa agar satu siasatan dijalankan ke atas pengurusan dan penganjur gereja ini apakah motif dan agenda mereka menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka dan menggesa pihak polis mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan peruntukan undang-undang dan akta polis yang ada terhadap pihak Herald berhenti menggunakan kalimah Allah demi keselamatan dan kesejahteraan negara. [END]


Read/Post Comment: 56
* Pautan Khas
English Articles, JAKIM
* Mesti Lihat
but_radio24.jpg

but_melayu.jpg

but_senaraiyahudi.jpg

but_mfo.jpg

zakirnaik.gif


tanjungmanis.gif
Undian Pengguna

Apakah pendapat anda tentang harga ikan semasa?


BIASA
TINGGI
RENDAH




© Hak Cipta Terpelihara 2005 -2010 Persatuan Pengguna Islam Malaysia