Login / Daftar di sini.
 
HOTLINE 019 359 1000
Waktu Solat
 

  Go to : BERITA PPIM
ADUAN PILIHAN-IKIM BEROPERASI SECARA HARAM printer friendly << Back
Radio IKIM.FM merupakan satu - satunya stesen ISLAM yang beroperasi selama 24 jam penuh, dan merupakan wadah penting umat Islam mendapatkan ilmu dan info. Radio IKIM.FM juga menjadi tempat peniaga Islam yang mengamalkan konsep halal lagi bersih memasarkan produk mereka, ini menjadikan IKIM.FM sangat penting. Akan tetapi,  maklumat yang terkini amat memeranjatkan bahawa radio IKIM.FM berisiko ditutup operasinya, atas sebab pihak setiausaha dan akauntan telah gagal membayar yuran siaran (CASP) kepada SKMM sejak penubuhannya lagi.  

Sehingga 28 Oktober 2008 satu LOD daripada peguam SKMM telah dihantar kepada SETIAUSAHA IKIM berkenaan radio IKIM.FM dan diterima pada 3 NOV 2008. Bahagian radio juga telah mencadangkan supaya pihak setiausaha/akauntan/pengurusan supaya menjelas/mengambil tindakan lanjut perkara ini dan sehingga kini tiada apa - apa tindakan. Mengikut maklumat , radio IKIM.FM akan ditutup oleh pihak SKMM bila – bila masa  kerana IKIM.FM sekarang terdedah dengan undang – undang CMA1998 kerana beroperasi secara haram. Pihak SKMM juga memaklumkan kes radio IKIM.FM ini akan dibawa ke pihak pengerusi suruhanjaya, dan seterusnya Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ke rasah penggantungan dan seterusnya penamatan lesen radio IKIM.FM. Ini amat mendukacitakan pendengar. Perkara serius begini tidak diambil perhatian oleh pihak setiausaha/akauntan, dan jawatan setiausaha dan akauntan adalah satu individu yang sama..!!!!   Perkara ini melibatkan kepentingan semua pihak. Baik pendengar, pengiklan, pendakwah, dan juga staf - staf bahagian radio itu sendiri, dan terbaru pihak akauntan/setiausaha telah memotong gaji DJ sambilan yang walaupun mereka bertugas selama 4 jam tetapi hanya dibayar 31/2 jam sahaja..!!! dan ini akan bertambah buruk jika akan datang radio IKIM.FM ditutup. Perkara ini sangat mengecewakan saya. Terlalu banyak sabotaj yang dilakukan, untuk mengundang bagi rakaman bicaraan Ad Din pun pihak setiausaha meletakan pelbagai syarat yang menyusahkan penganjur....   Perkara ini perlu tindakan tegas dari semua pihak untuk mendesak pihak pengurusan , setiausaha dan akauntan supaya mengambil peduli akan masalah ini. Jangankan sehingga kita kehilangan sebuah wadah untuk berdakwah kepada orang ramai, radio IKIM.FM adalah hak kita bersama.

Read/Post Comment: 20
* Pautan Khas
English Articles, JAKIM
* Mesti Lihat
but_radio24.jpg

but_melayu.jpg

but_senaraiyahudi.jpg

but_mfo.jpg

zakirnaik.gif


tanjungmanis.gif
Undian Pengguna

Apakah pendapat anda tentang harga ikan semasa?


BIASA
TINGGI
RENDAH




© Hak Cipta Terpelihara 2005 -2010 Persatuan Pengguna Islam Malaysia