Semua ahli mempunyai kelebihan tersendiri. Persatuan menjadi wadah supaya kelebihan tersebut disemai sesama ahli untuk melahirkan kekuatan pengguna Islam berteraskan ketaatan kepada Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w bersabda : "Tali islam yang terkuat adalah wala" kerana Allah, memusuhi kerana Allah, cinta kerana Allah dan benci kerana Allah azzawajalla. Hadis Riwayat Thabrani Kitab al-mu'jam al-kabir : Pengguna Islam yang jelas wala'nya boleh menjadi "pace-maker" dan memacu ekonomi umat Islam, memperkasakan tunjang politik dan akar pekerti umat Islam yang budiman. |